Monday 6 July 2015

PENGALAMAN TUKAR HAK MILK KERETA DAN KE PUSPAKOM SEREMBAN

Al kisah , My pengalaman  macam mana nak Tukar Hak Milik kereta di Seremban  Nismilan. Kisah ni berlaku dalam bulan Ramadhan, iaitu hari yang ke 15, 2015. Bila sebut je nak buat tukar hak milik.. pening satu badan. Al maklumlah tak pernah buat, Cuma pernah dengar , abang tu , akak tu..pergi puspakom tapi tak tau selok beloknya, selekohnya, dan bonggol-bonggolnya kat mana. Kekadang ditambahkan laie.. dengan penerangan pegawai JPJ yang  tak berapa suka orang datang ..al maklumlah kaunter tu dia punya … kita pulak tetamu tak diundang… Dapeklah  kita penerangan seciput..tapi kalau tengok borang..uih… ngerinya.. banyak nya benda nak kena buat…  Mula terfikir lantik agenlah…
Den dah tanyo dah area Pilah ni Runner tu nak RM350.. (all in katanya) pergh… oo ma..ngaii…

Ok camni, sebelum nak tukar hak milik kereta, Bonggol  Yang  Pertama yang perlu kita tempoh adalah

1. Pembatalan Hak Milik Dari bank kita buat Loan,  walaupun kita dah abih bayar,
Selagi  dalam system komputer JPJ perkara ini tak clear (Boleh call JPJ untuk semak)  , selagi itu lah kita tak boleh nak jual atau pun nak tukar nama , kita kena clear kan pekara ini dahulu .. melalui dua kaedah :
a.       Manual,  pergi bank asal , kita buat loan dulu minta dia orang keluarkan satu surat Pembatalan tuntutan hak Milik  pastu  bawa gi JPJ
(Lambek bonar eh… nak poi maybank somban ..jauh ..pastu parking susah bonar eh…)

b.      Telefon kan ada, Den telefon maybank Smban minta dia clearkan Tuntan Hak Milik secara online melalui SISTEM F.I.S. –jangan pulak salah sobut.. minta Tuntutan Nafkah pulak ..terkojut..pegawai bank tu ..(cara milinium copek dan pantas) selosai satu bonggol

2                2. Bawa Kerete ke Puspakom Seremban
(Polik bonar eh.. namo Puspakom Seremban Tapi alamat kek Senawang eh..)
Pengalaman bawa kereta ke PUSPAKOM.
Mula mula ..google ..cari maklumat web Puspakom, catat no telefon untuk membuat

1.       TEMPAHAN  pemeriksaan TUKAR HAK MILIK (hafal perkataan ni) Pilih Hari yang bersesuaian dengan kita Hari Sabtu pun ada, tapi kena tempah awal la… Hari tu masa eden call hari isnin dia bagi pilihan nak hari rabu atau hari khamis, so saya pilihlah hari khamis 8.00 pagi. Dan Puspakom kasilah no tempahan incase ada perkara berbangkit.

3   Perkara pertama yang kita kena buat semasa hari pemeriksaan ialah bawa KAD PENDAFTARAN ASAL KENDERAAN (orang dok sebut Geran) dan bawa RM30 + GST . Lagi satu , pembawa kereta sapa2 pun boyeh… suami boyeh, boypren boyeh.. anak boyeh…anak mami boyeh ...(anak ikan Tak Boyeh)... haha

Pagi-pagi tu dalam pukul  7, saya dah siap nak bawa kerata ke PUSPAKOM berdebar juga almaklumlah biasa kita hantar anak kita pergi sekolah untuk peperiksaan, tapi kali ni kita bawa kereta kita untuk peperiksaan .. (haha)        

Okeh macam mana nak pergi PUSPAKOM SEREMBAN,  Caranya jika anda dari Giant Senawang..  1. Petron 2. Matahari Height  ha.. traffic light ke 3.. belok kanan… pastu terus je dalam  1 kilo sampailah.. Puspakom tu sebelah kiri. Tapi sebelum tu kita akan jumpa banyak lori2 beratur … pedulikan ..kita yang bawa kereta tak yah beratur cilok2 jer ..terus ke kaunter guard ambil no giliran, dan dia akan bagi satu borang untuk diisikan, kita tak yah beratur ikut lori sebab lori akan masuk lorong lain, kita masuk lorong lain.



NAK TAU TAK KAT MANA LORONG E?...    
Wokeh….


Lorong E terletak sebelah dengan Lorong D.

 Apabila korang dah sampai di Pondok pengawal, ambil satu borang dan terus ke kanan lebih kurang 50 meter jer ..( Maso ambil borang kenalah turun dari kereta , selepas tu drive la ke kanan sampailah di Lorong E.

Di Lorong E akan ada satu lagi Pondok, Pondok Kaunter Bayaran, pun kena turunlah dari kereta. Apabila kita dah bayar , dia suruh kita tinggalkan kereta dan kunci, dan kita pulak diminta menunggu di satu bilik khas. 
 Wokeh aku rasa, pengalaman yang aku tulis kat sini dapat serba sedikit membantu kengkawan yang nak poie.. PUSPAKOM SEREMBAN..

Nasihat Den, kalau tak tau tanyo... jangan asyik Google jer .. ada maklumat yang memang takde kat google so kena tanyo.... Oh Ma....ngai......